
Menyulam Damai di Bumi Bergolak – Malaysia Jadi Jambatan Keamanan Dunia
October 22, 2025
Zohran Mamdani & Fajar Baharu Amerika: Palestin & Gelombang Perubahan
October 22, 2025





Ada sedikit masa terluang, saya singgah sebentar di Balai Ilhambooks. Sudah lama tidak berkunjung di sini. Antara tempat yang disarankan untuk dikunjungi bagi mendapatkan koleksi buku terbaik pelbagai genre dan bidang.
Saya sudah menerbitkan beberapa buah buku dengan Ilhambooks. Alhamdulillah, mendapat sambutan yang baik dari pembaca malahan ada yang sudah dicetak beberapa kali.
Saya sedang menekuni karya terbaru YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) – “Rethinking Ourselves: Justice, Reform, and Ignorance in Postnormal Times”. Insya-Allah, akan membuat ulasan dan komentar dalam masa terdekat.
Saya menyaksikan sendiri semasa mengiringi PMX ke luar negara – bagaimana beliau dalam kapal terbang menyemak dan meneliti deraf buku ini setiap helaian muka surat. Saya lihat catatan dan komen beliau pada deraf buku tersebut.
Nampak ketekunan dan minat PMX terhadap ilmu dan memastikan sendiri kualiti dan kandungan buku yang bakal diterbitkan. Saya juga sedang menyiapkan karya terbaru, moga-moga dapat disiapkan sebelum PBAKL 2026, insya-Allah. Madani Membaca!
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani





