https://www.facebook.com/pkpimalaysia/videos/1263588514097620/
Menyampaikan Ucaptama semasa Pelancaran Buku Citra Maqasid Dari Kelahiran Hingga Kebangkitan karya Marwan Bukhari terbitan ABIM Press. Saya mulakan bicara dengan menyatakan keperluan menguasai al-fikr al-maqasidiy. Dalam konteks siyasah di Malaysia, disarankan agar semua Ahli Parlimen Malaysia diwajibkan menghadiri kursus khas Maqasid al-Shari’ah bagi membuka minda, hati dan jiwa membentuk asas pemahaman al-fikr al-maqasidiy agar dapat diterjemahkan dalam bentuk perbuatan dan tindakan.
Karya Maqasid al-Shariah Kontemporari ini mempunyai keunikan dan kelebihan yang tersendiri. Ia menyajikan perbincangan dan wacana Maqasid al-Shariah yang segar dan dinamik dengan menelusuri sejarah perkembangan disiplin ilmu Maqasid secara komprehensif, menyeluruh dan terkini. Lebih menarik ia memberikan pencerahan secara tuntas dan mendalam prinsip al-Ta’lil, al-Istislah dan Ma’alat al-Af’al yang sememangnya sangat penting untuk memahami dinamika ilmu Maqasid al-Shariah itu sendiri. Wacana Maqasid al-Shari’ah yang diketengahkan dalam buku ini juga menonjolkan peranan ilmu Maqasid al-Shari’ah bukan sahaja dari aspek fiqh tetapi aplikasinya dalam konteks pemikiran.
Boleh baca artikel al-Fikri al-Maqasidiy di Era al-Sahwah al-Maqasidiyyah