








Alhamdulillah, mengharungi jadual padat, memenuhi jemputan beberapa buah agensi ke Majlis Aidilfitri. Saya hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2025 yang berlangsung di Dewan De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya. Majlis ini turut dihadiri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX), Perdana Menteri.
















Terdahulu, saya hadir ke Program Rahmah MADANI Syawal MAIWP bersama Asnaf, di Dewan Perdana FELDA, Kuala Lumpur. Turut hadir, YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). MAIWP telah menyalurkan sebanyak RM18.18 juta bantuan Aidilfitri kepada para asnaf yang memerlukan.










Saya juga tampil di Majlis Perasmian Majlis Sambutan Hari Raya dan Perasmian Menara YAPEIM oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Tahniah YAPEIM atas Ibu Pejabat baharu di Putrajaya. Diiringi doa setulusnya.








Saya penuhi undangan ke Majlis Majlis Serumpun Aidilfitri Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM dan Majlis Bahagian Dakwah JAKIM di Kompleks Islam Putrajaya. Antara yang hadir sama – YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM; YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail; YBrs. Dr. Mohamad Kori bin Jusoh; dan YBhg. Dato’ Haji Zamani Ahmad bin Mansor.














saya memenuhi undangan Tan Sri Mohd Annuar Zaini, Pengerusi UDA Holdings Berhad ke Majlis Aidilfitri UDA Holdings di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. Tan Sri kelihatan cukup bersemangat dan semakin pulih, malah tampil dalam beberapa podcast, khususnya mengupas kenangan serta jasa bakti Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi, sahabat baik beliau. Majlis berlangsung penuh meriah dan bermakna.










Saya turut tampil dalam Majlis Ramah Mesra anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama Masjid dan Surau Jumaat, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Tuanku Abdul Halim. Majlis ini menghimpunkan para pegawai, ahli jemaah serta komuniti sekitar dalam suasana yang penuh ukhwah, kasih sayang dan semangat kekeluargaan.






Selanjutnya, saya turut memenuhi undangan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) – MAIWP dalam Majlis Ukhuwah Aildilfitri PPZ di Dewan Merdeka, Aras 4, WTC KL.






Saya juga hadiri Majlis Jamuan Aidilfitri meraikan ejen-ejen dakwah YADIM di Masjid Putra, Putrajaya. Semoga penganjuran program ini bukan sahaja membawa manfaat kepada semua yang terlibat, malah turut menyemai semangat kebersamaan, memperkukuh ukhwah, serta menjadi medan menyuburkan nilai dakwah dan kebaikan.







Saya juga hadir ke Majlis Aidilfitri Pertubuhan IKRAM Malaysia di Bizmilla Grand Hall, Shaftsbury, Putrajaya. Antara yang hadir, YB Senator Dr. Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Dengan tema ‘Syawal Dirai, Gaza Di Hati’, ia sangat dekat dengan kempen #IhsanUntukPalestin yang sedang kami angkat.
Semoga ukhwah terus terjalin mesra dan kukuh, di bawah naungan rahmat Allah Subhanahu wa-Ta’ala.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾