









Alhamdulillah, hadir ke Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), di Hotel Everly, Putrajaya. Anugerah disampaikan sendiri oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Dalam ucapan YB Menteri, beliau sangat menekankan peranan sebagai penjawat awam dalam sektor Perkhidmatan Hal ehwal Islam untuk menjelaskan naratif-naratif yang tidak sejajar dengan Al Quran dan Hadis agar sentimen-sentimen negatif yang berbaur Islamophobia dapat dikawal.
Di samping itu, beliau juga menekankan soal budaya Kerja Cemerlang dengan menjunjung prinsip ‘striving for excellence’ seperti digagaskan oleh YAB Perdana Menteri semasa Amanat Tahun Baru 2025 yang perlu dijadikan jati diri supaya kecemerlangan dapat diraih bagi memastikan mutu perkhidmatan yang terbaik.
Dalam majlis ini, 377 penerima telah dianugerahkan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) terdiri daripada kakitangan JAKIM seramai 177 orang penerima, agensi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) seramai 126 orang penerima, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) seramai 5 orang penerima, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) seramai 41 orang penerima, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) seramai 15 orang penerima, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) seramai 8 orang penerima, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENSWP) 3 orang penerima, Pejabat Menteri seorang penerima dan Pejabat Timbalan Menteri seorang penerima.




Anugerah ini merupakan penghargaan Kerajaan kepada anggota Perkhidmatan Awam yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang, bekerja dengan sepenuh hati, bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas demi kepentingan agama dan negara.
Semua agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri perlu terus berganding bahu dan memberikan komitmen yang jitu dan mampan dalam melaksanakan setiap pelan yang telah dirancang untuk kemajuan Ummah.
Tahniah kepada semua penerima Anugerah. Bekerjalah sebaik, sejujur dan seikhlasnya, demi ummah dan negara.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾




