Sidang Masa Depan NGO Islam Mendepani Perubahan Tatanan Dunia, anjuran YADIM dan IDE

Sidang Meja Bulat anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Institut Darul Ehsan (IDE) dengan tajuk “Islamic NGOs in a Shifting Global Order: Reflections Beyond the Trump Presidency.” Turut hadir, Prof. Salman Sayyid dan Prof. Mustapha Syeikh dari Leeds University, United Kingdom. Ramai pimpinan Badan Masyarakat Madani (CSO) dan ilmuwan yang hadir sesi kali ini.

Saya menyampaikan ucapan awal dan menyertai perbincangan sehingga habis persidangan. Dengan semangat #IhsanUntukPalestin, saya tekankan juga bahawa semua pihak perlu berganding bahu bagi meneruskan momentum advokasi kesedaran berkenaan tragedi di Palestin.

Setelah mendengar dan meneliti pandangan-pandangan peserta yang hadir, saya diminta untuk membuat rumusan dan penutup. Alhamdulillah, perbincangan aras tinggi yang sangat baik mengenalpasti isu, trend, permasalahan, perkembangan dunia dan setempat serta peluang dan ruang untuk melakukan perubahan.

Semua bersetuju dan nampak bersemangat untuk bekerjasama menggerakkan idea-idea yang bersesuaian untuk dilaksanakan. Disebabkan jadual padat sehingga ke lewat malam, terpaksa seharian berbaju Melayu. 🫡

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support