YB TMA Hadiri Sambutan Hari Pekerja Kebangsaan 2025 di Arena Axiata, Bukit Jalil

Alhamdulillah, hadiri Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil – bersama lebih 10,000 warga kerja sektor awam dan swasta dari seluruh tanah air. Penuh bersemangat ucapan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) – beliau menegaskan bahawa golongan pekerja adalah pemangkin utama dalam mencipta sebuah negara hebat dan berdaya saing.

PMX juga menyatakan setiap individu yang bekerja, sama ada di kilang, jabatan kerajaan, klinik, sekolah, balai polis atau mana-mana sektor, memainkan peranan penting dalam menggerakkan perubahan dan mencatat kejayaan negara.

Dalam majlis ini juga, PMX melancarkan Kad Pekerja MADANI – satu inisiatif terbaharu kerajaan dalam memberi faedah diskaun kepada ahli kesatuan pekerja di negara ini. Kad ini akan diberikan kepada satu juta ahli kesatuan pekerja untuk menerima akses diskaun sehingga 30 peratus bagi barangan keperluan dan perkhidmatan.

Majlis tahunan yang disambut setiap 1hb Mei, menghimpunkan wakil kesatuan, badan berkanun, sektor awam dan swasta ini menjadi wadah penghargaan terhadap sumbangan para pekerja dalam mendukung pembangunan negara selaras dengan agenda Malaysia Madani.

Turut hadir, Menteri Sumber Manusia, YB Steven Sim Chee Keong; serta Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof.

Hari ini juga merupakan hari terakhir Karnival Hari Pekerja 2025 anjuran Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang kini sedang berlangsung dari 28hb April hingga 1hb Mei 2025 di Axiata Arena.

Pekerja KESUMA Bangsa. Selamat Hari Pekerja kepada semua!

Usai sambutan Hari Pekerja di Axiata Arena, terus gerak ke Utara tanah air, untuk beberapa program di Kedah dan Perlis. Seharian berbaju ‘Pekerja Kesuma Bangsa’ – baju rasmi sambutan Hari Pekerja tahun ini.

Dalam perjalanan, singgah sebentar pekena nasi kandar. Sesekali pekena, memang surrr! 🍛

Seronok tengok pelbagai bangsa datang makan di sini dan sanggup beratur panjang menunggu giliran masing-masing. Suasana harmoni dan damai.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBerkerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support