Dialog Madani YB TMA Bersama Warga Sabak Bernam Berlangsung Penuh Semangat Ukhuwah

Program Dialog Madani bersama Imam, Bilal, Guru Takmir dan Guru KAFA di Sabak Bernam. Banyak sungguh soalan dan pandangan yang dilontarkan. Saya cuba memberikan pencerahan dan jawapan setulus dan sebaiknya.

Saya tegaskan bahawa Gagasan Malaysia Madani mengangkat budaya ilmu dan pengupayaan modal insan, sekali gus menjelmakan daya cipta manusia bagj membawa perubahan ke arah kebaikan.

Dalam sesi dialog selama hampir dua jam tersebut, saya jelaskan bahawa Kerajaan Madani terus komited memperkukuhkan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan melalui pelbagai dasar, program dan inisiatif strategik yang kini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Antara langkah yang diambil termasuklah pengukuhan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, peningkatan taraf Mahkamah Syariah, pembangunan pendidikan agama, serta perluasan program dakwah dan kebajikan masyarakat berasaskan syariah.

Alhamdulillah, dialog berjalan dengan penuh tertib dan semangat ukhwah. Seronok dapat jumpa warga Sabak Bernam yang peramah, budiman dan baik hati belaka.

Saya turut menyampaikan perkongsian dan Merasmikan Majlis Perasmian Penutup program STEM dan Tenaga Lestari 2025 di SAM Muhammadiah, Sabak Bernam. Semasa ucapan, saya menyarankan anak-anak untuk membaca naskah “Physics of the Future” oleh Prof. Michio Kaku.

Prof. Michio menulis mengenai ‘scientific and technological advancement‘ yang bakal mengubah kehidupan manusia untuk 100 tahun akan datang; dengan menemubual lebih 300 saintis terkemuka dunia. Ada yang mengembangkan lagi program STEM ini menjadi STREAM iaitu memasukkan komponen atau dimensi agama dan falsafah – yang juga sangat penting bagi sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

Atas semangat #IhsanUntukPalestin, saya juga mengingatkan semua untuk sentiasa berdoa, Solat Hajat serta tidak berhenti menyebarkan maklumat yang sahih berkenaan kezaliman yang dilakukan rejim Zionis terhadap saudara kita di Gaza.

Tahniah SAM Muhammadiah dan semua yang terlibat menganjurkan program STEM dan Tenaga Lestari kali ini.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBerkerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support